adalah rugi kalo kita tidak m'pelajari ilmu walaupun m'punyai kesempatan masa yang terluang..carilah ilmu semasa sihat dan beribadatlah sebelum datangya sakit
Monday, May 31, 2010
kandang kambing@rantau
tanah ni sebenarnya ada pokok durian D24, dan D99, lama dah tak berbuah pokok2 ni, klo ada rezeki, kambing bunting, buah durian pun harapnya kuar la juga, bole makan durian bawah pokok..
insyaAllah jika ada rezeki kandang ni akan beroperasi sepenuhnya di dalam masa 2@3 bulan lagi, harap2 dapatla beroperasi sebelum raya, baru happy skit nak raya..plan nak ternak kambing boer@ kacang, satu lagi plan jangka masa pendek, beli kambing sakit dan gemukkan jer kambing tu, klo ada yang bunting bole simpan kambing tu..kandang ni muat dalam 100 ekor, klo ada duit lebih bina lagi 2,3 kandang tapi kat tempat lain la pula, sayang rasanya nak korbankan pokok durian tu
siapa2 nak order untuk korba dan aqiqah bolehla tempah segera..
Wednesday, May 26, 2010
6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”
Tuesday, May 25, 2010
darah dalam daging bukan sembelihan
sumber :http://syubhah.webs.com/
bahaya betul makanan yang tidak disembelih dengan cara Islam, dan kejamnya juga kita lakukan kepada binatang yang tidak disembelihkan dengan cara Islam.. kita lalai dan leka di dalam menegakkan tuntutan Islam..teringat kisah pasangan suami isteri begitu teliti di dalam membuat makanan untuk anak mereka yang belajar hafiz Quran, tidak benarkan anak mereka makanan dari kedai kerana dikhuatiri tidak bersih dan memberi kesan pada pelajaran anaknya itu..
Bersama-sama lah kita mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan kesedaran yang lebih tinggi di dalam masyarakat Islam di Malaysia..
rujukan kita sebenarnya
Jika kereta rosak, mekanik yg akan membaikinya, jika tubuh badan bermasalah, doktor yg akan mengubatinya. Jika kehiduan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sunguh manusia yang mengaku Allah SWT sbg tuhan tp enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dgn masalah.
Sumber : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-facebooksumber: http://www.tutor.com.my/tutor/special/kartun/images/130605.jpg
mana yang lebih ditakuti, muflis dunia @muflis akhirat?
“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara two ways communication ( komunikasi dua hala) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan baginda kepada persoalan tersebut. Para sahabat menjawab “MUFLIS dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)”. Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.
Lantas Rasulullah s.a.w. menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang dimaksudkan. Baginda bersabda: "Orang yang MUFLIS dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!” (Riwayat daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim, bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581)
sumber : JANGAN JADI MUFLIS DI AKHIRAT Petikan daripada Artikel Hadis Renungan Majalah Solusi ke 20, catatan Us Sy Nurhisham al-Idrus
Monday, May 24, 2010
nyinggggg,nyinggggg
Tugas Nyamuk ini sangatlah mulia, ketika kita
terlelap dan lalai dalam tidur maka ia membangunkan kita tanpa lelah
untuk mendirikan Sholat tahajjud dan mengingat Allah. tapi sangat banyak
dari kita yang salah paham hingga mencari-cari cara untuk membunuhi
mereka..padahal tanpa kita bunuhpun hidup mereka memang cuma sehari..
sumber :usaha atas iman-facebook
Sunday, May 23, 2010
haram itu jelas, dan halal itupun jelas
(1) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali bin Dato’ Mohd Seth
(2) Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
(3) Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
semoga mereka segera bertaubat, jangan disebabkan perbuatan mereka generasi masa depan yang dilahirkan adalah generasi yang tidak berakhlak..
sumber
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/lembaga-pengarah-islam-dlm-carlsberg/
Wednesday, May 19, 2010
tercemarnya seni bola sepak
percaya atau tidak pasti ramai papa kedana akan bertambah ekoran keputusan kerajaan ini.. pengemis akan bertambah,institusi keluarga akan rosak dan pembunuhan akan bertambah.. adakah kerajaan terfikir bahawa kerugian yang mereka dapat lebih tinggi daripada cukai yang dikutip..
sedih bila kita memikirkan sebuah kerajaan yang mengaku Malaysia adalah sebuah negara Islam menghalalkan judi bola sepak..padahal mereka tahu, nyata n jelas judi itu haram.. Di harap pemimpin kita punya kesedaran dan insaf apa yang telah mereka buat itu akan merugikan negara suatu hari nanti..
Diharap suatu hari nanti pemimpin kita akan ditadbir orang yang sememang ahlinya..
Saturday, May 1, 2010
isu politik di masjid...
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.
sejak dahulu apa2 isu politik memang dibincangkan di masjid..politik ini sebenarnya baik dan elok, ianya melibatkan institusi masyarakat dan negara..tetapi pengendalinya yang kotor jadi kotor la politik..penuh dengan fitnah, maki hamun dan rasuah, itu Islam haramkan, maka tak bolehla cerita dan bua benda tu dalam masjid..
politik yang ada sekarang adalah politik demokrasi, bagi aku demokrasi ni pincang,penuh penipuan dan banyak kelemahannya, tengokla berapa banyak negara di dunia kacau bilau yang menggunakan sistem demokrasi, Iraq, afghanistan, thailand,negara2 afrika ..maka umat Islam harus kembali kepada Islam jika nak berjaya di dunia dan akhirat, gunalah sistem khalifah, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan akhirat..
akhirnya..KTM buat juga koc untuk pompuan
lega aku bila KTM dah buat koc merah jambu ni..takdela risau bila isteri, adik pompuan aku, sedara aku, nak naik komuter ni..
diharap lepas ni semua laluan buat koc merah jambu ni, seat untuk bas juga diasingkan lelaki dan pompuan yang bujang..mudah sikit, nak buat maksiat pun tak bole..
zaman sekarang bukan zaman yang selamat, pergi mana2 pun rasa tak selamat, klo kuar malam bukan kena tembak dengan penjenayah jer, dengan polis pun bole kena tembak..