adalah rugi kalo kita tidak m'pelajari ilmu walaupun m'punyai kesempatan masa yang terluang..carilah ilmu semasa sihat dan beribadatlah sebelum datangya sakit
Wednesday, June 30, 2010
france @ afrika
pasukan pilihan aku France pulang awal dengan kekalahan yang memalukan, dengan 3 perlawanan hanya mengutip satu mata dan satu gol, walaupun dipenuhi pemain bintang (evra, henry, ribery, sagna, gallas, gourchoff, anelka dll) namun senarai bintang itu belum menjamin pasukan itu cukup kuat..
kekalahan pasukan France ini adalah disebabkan beberapa faktor :
1. Domenech : pengurus ini sepatutnya letak jawatan selepas kegagalan france pada piala dunia 2006 apabila france tewas kepada Itali pada perlawanan final. di dalam piala dunia 2006 dilihat pengaruh zidane yang membantu kejayaan france ke perlawanan akhir.
2. Kurangnya semangat berpasukan di dalam pasukan france, dilihat permainan france kurang semangat apabila banyak hantaran tidak kemas dan kurang persefahaman menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan gol.
3. Penyingkiran anelka dan pergaduhan dengan pihak pengurusan. Masalah ini sepatutnya dikesan dan diselesaikan lebih awal. france dilihat seperti pasukan bermasalah apabila gagal mendapat tiket automatik dan terpaksa bertarung pada perlawanan play-off dengan Ireland. hanya gol kontroversi yang melayakkan France ke piala dunia 2010.
4. Tiada pengganti zidane : zidane adalah pemain luar biasa yang pernah dihasilkan oleh france, bukan sahaja mempunyai kemahiran luar biasa tetapi turut dihormati oleh lawan dan kawan, kehebatan zidane pernah diakui oleh pemain hebat yang lain seperti david beckham.
Pasukan france akan diuruskan oleh jurulatih muda Laurent Blanc selepas ini, dengan jurulatih baru yang lebih berkaliber dan pernah menjulang piala dunia diharap dapat menunjukkan perubahan pada piala eropah 2012.
Pasukan pilihan untuk muncul juara piala dunia 2010 : German
Saturday, June 26, 2010
tahniah PM
aku ucapkan tahniah pada PM, tidak kisah apa niat dihati PM sama ada kepetingan politik, agama ataupun sosial..pahalanya nanti Allah yang kira.. negara aman, rakyat selamat..
Wednesday, June 23, 2010
judi dan akibatnya
kemudian crita pasal orang bunuh diri akibat hutang judi, dan juga crita hutang dengan along sebanyak RM12k untuk berjudi..sikap manusia yang hendak cepat kaya menyebabkan mereka sanggup melakukan bertindak tanpa akal..
terkeluar yang baru cerita mantan perdana menteri akan luluskan judi jika dia berkuasa..seperti hendak memberi arahan kepada perdana menteri untuk tegas melaksanakan judi bola sepak..
kemudian ada juga crita-crita pembangkang tidak ikhlas untuk mengharamkan judi bola sepak tapi cuma berdasarkan modal politik (alasan sebab DAP pun tak sokong judi bola sepak)
ada juga melayu Islam yang tak malu, mengajar Tuan Guru Nik Aziz, klo kerajaan kelantan bole bagi lesen arak untuk bukan Islam, kenapa bukan lesen judi?
kesimpulan pendapat aku disini, petikan diatas menyatakan judi memberikan keuntungan kepada orang yang menjadi kepala, pertaruh-pertaruh akan rugi besar disebabkan tidak apa yang boleh dijangka, macam takde sapa sangka portugal bole kalahkan korea utara 7-0, swiss kalahkan spain 1-0, yang rugi adalah pertaruh-pertaruh harapan nak capat kaya ni..akibatnya malapetaka, bunuh diri,anak2 jadi yatim piatu, isteri jadi janda dll.. mula sosial berubah, kecurian, peras ugut (along/kerosakan harta benda), anak2 pula akan menjadi penjenayah..
pemimpin atasan pula (ahli politik/ilmuan/media) suka mencari dalil menghalalkan yang haram, padahal haranm itu jelas, mengapa memberi alasan itu dan ini..
kerajaan boleh menjimatkan ratusan juta ringgit lebih banyak daripada keuntungan cukai judi itu sendiri jika kerajaan betul2 ikhlas untuk membentuk nilai2 murni sosial bagi negara Malaysia tercinta ini..
Monday, June 21, 2010
wang @ ketenangan
tapi adakah kita boleh tenang dengan rezeki yang kita perolehi jika beban kerja adalah berlebihan..amat menyedihkan apabila tekanan yang kita tanggung amat la berat dan gaji yang diperlehi pula tidak setimpal..keredhaan daripada Allah dapat memberikan kita ketenangan..
Ya Allah, aku perlukan tidur yang nyenyak tanpa masalah hutang dan duniawi, ingin hidup gembira bersama kawan-kawan dan bukan meramaikan musuh, ingin sungguh hidup dengan rendah diri dan bukannya bangga diri, perolehi rezeki yang mencukupi untuk aku hidup sederhana dan gembira bersama ahli keluargaku..aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah, aku mengharapkan keredhaanMu di dalam pekerjaanku, tunaikanlah doaku dan terimalah taubatku..sesungguh-Nya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Wednesday, June 9, 2010
Bendera Israel Berkibar di Malaysia - Zaini Hassan
9 JUN — Benar seperti kata negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.
Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.
Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak.
Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.
Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.
Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.
Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa — bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.
Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.
Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?
Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?
Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.
Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita.
Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.
Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.
Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world’s largest shipping companies with operations throughout the world.)
Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.
Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).
Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).
Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari.
Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel — tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!
Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.
Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:
Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.
Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia — Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.
Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.
E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?
Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta — Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) — sila jawab, jika salah sila jelaskan. — Utusan Malaysia
sumber :http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/bendera-israel-berkibar-di-malaysia-zaini-hassan/
Thursday, June 3, 2010
Israel kejam, kita tengok n kecam jer..
SEMUA 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Zionis Israel dua hari lalu mengibarkan Jalur Gemilang selepas dibebaskan hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu.
Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.
Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.
“Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.
Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.
Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.
Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.
Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.
Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.
Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.
Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.
Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.
Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.
Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.
Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.
Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.
Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.
Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.
Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.
Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.
Mulanya, kami menjangka akan lama merengkuk di penjara sehinggalah kami didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira, iaitu kami akan dibebaskan tidak lama lagi.
Tepat jam 8 pagi kelmarin kami dibebaskan tetapi terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan menaiki bas pada jam 6.30 petang. Selepas perjalanan meletihkan hampir 12 jam, kami akhirnya sampai di sempadan Jordan dan dibawa ke sebuah hotel di Amman
Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my
2010/06/03
sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/28jamrasaiazabPalestin/Article/
____________________________________________________________________
alhamdullilah, semua rakyat Malaysia selamat di dalam episod tawanan kapal bantuan ke gaza, namun al-fatihah kepada mereka yang telah terkorban kerana kekejaman rejin Israel ini..
amat menyedihkan apabila,Islam menguasai daripada segi ekonomi tidak dapat menguasai di dalam segi politik, begitu mudah Islam diperkotak-katikkan oleh Israel selama 6 dekad, dunia arab, dunia Islam hanya mampu mengecam namun tidak dapat berbuat apa2.. bukannya sebab Israel kuat bukannya sebab Israel banyak duit ataupun kuasa, tapi umat Islam yang rapuh dan tidak kukuh, tidak bersatu padu..
nampakla sebenarnya zaman ini dunia Islam sudah lumpuh sejak sistem khalifah lesap di dunia arab..kita sudah jauh meninggalkan al-Quran dan hadis..sistem politik demokrasi adalah acuan barat, kita tidak dapat pilih pemimpin yang benar2 beriman dan berilmu di dalam demokrasi..
zaman baru tetap akan muncul, namun kita perlu mulakan dari bawah, bermula dengan kekeluargaan (sekarang banyak kes cerai berai, tak solat, buka aurat dll), pekerjaan (rasuah, tidak amanah,pergaulan bebas dll), masyarakat (buang bayi, fitnah, biadap, dll), dan akhirnya politik (politik akan bersih apabila masyarakatnya bersih), kemudian dari politik basuhkan sisa kekotoran yang tinggal bermula dari atas ke bawah mengikut acuan Islam, (undang2, ekonomi dan pelajaran Islam dll)..InsyaAllah kita akan berjaya memartabatkan Islam seperti di zaman Rasulullah S.A.W dan khulafa ar-Rasyidin..
pakaian cerminkan diri kita
Sabda Nabi SAW yang bermaksudnya :
“ Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka “
“Menyerupai“ boleh juga diertikan sebagai “ menyamai“, “meniru-niru “, “ mengajuk-ngajuk “ dan sebagainya . Sekiranya perkataan tersebut difahami secara umum mengikut zahir nas, sudah tentu ianya tidak sesuai diertikan “menyerupai“ secara mutlak kerana dalam kehidupan seharian terdapat banyak perkara yang sama antara orang Islam dengan orang-orang bukan Islam. Contohnya: kita memakai jam mereka juga pakai jam, kita pakai kain batik mereka pun pakai kain batik, kita pakai baju kurung mereka juga pakai baju kurung, kita makan pakai tangan, mereka pun makan pakai tangan. Kalau kita makan dengan sudu dan garpu , mereka pun begitu juga. Kalau kita pakai kemeja dan seluar, mereka pun begitu juga. Pendek kata, banyak perkara yang serupa yang kita dan mereka lakukan di dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, saya tegaskan bahawa larangan menyerupai dalam konteks hadis di atas adalah yang mirip kepada unsur keagamaan.
Pada hemat saya, kekeliruan juga timbul akibat daripada tidak dapat membezakan antara hukum dan sentimen. Hukum adalah sesuatu yang bersandarkan kepada dalil manakala sentimen adalah yang disandarkan kepada emosi dan perasaan. Tidak dapat dinafikan bahawa dunia Barat adalah kuasa yang banyak melakukan penindasan, kezaliman dan mencipta sejarah duka kepada umat Islam. Namun pakaian dan stail mereka memang sebegitu bertali leher, coat, reben dan sebagainya. Jesteru, hukum yang difatwakan kadangkala dipengaruhi oleh sentimen membenci tindak tanduk dan perlakuan Barat tersebut. Kesimpulannya, bertali leher dan reben di tenggok hukumnya harus kerana pakaian sebegitu tidaklah melambangkan unsur agama cuma ia sekadar menampakkan ala keBaratan. Untuk mensabitkan sesuatu itu hukum haram memerlukan kepada dalil yang secara terperinci dan spesifik. Firman Allah :
Maksudnya: “ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
(Al-A`raf : 32)
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
sumber :http://muis.ismaweb.net/2010/05/hukum-memakai-tali-leher
____________________________________________________________________
ramai wanita sekarang sudah tutup aurat tapi tidak dapat pahala menutup aurat, kerana tidak faham apa itu aurat di dalam Islam, mengikut fesyen yang melampau ataupun kurang berfikir..yang tidak tutup aurat tapi tahu hukumnya, terang2an hendak mengingkar arahan penciptaNya, walhal kita tahu yang Allah tidak rugi apa2 pun atas tindakan kita tu..sekarang banyak baju2 world cup ada lambang salib, macam brazil, portugal dll..anak2 muda, pakcik2 gila bola yang beragama Islam ada yang tidak sedar benda2 gini, ataupun sedar tapi masih nak pakai juga sebab lebih sayangkan pasukan bola daripada Islam itu sendiri.. kita kurang berfikir ,tidak dapat bezakan mana yang baik dan buruk, amat menyedihkan apabila mudah kita hanyut dan leka dengan dunia ni..diharap kita dapat tinggalkan satu tempat yang lebih selesa untuk generasi kita yang akan datang..