Sabda Nabi SAW yang bermaksudnya :
“ Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka “
“Menyerupai“ boleh juga diertikan sebagai “ menyamai“, “meniru-niru “, “ mengajuk-ngajuk “ dan sebagainya . Sekiranya perkataan tersebut difahami secara umum mengikut zahir nas, sudah tentu ianya tidak sesuai diertikan “menyerupai“ secara mutlak kerana dalam kehidupan seharian terdapat banyak perkara yang sama antara orang Islam dengan orang-orang bukan Islam. Contohnya: kita memakai jam mereka juga pakai jam, kita pakai kain batik mereka pun pakai kain batik, kita pakai baju kurung mereka juga pakai baju kurung, kita makan pakai tangan, mereka pun makan pakai tangan. Kalau kita makan dengan sudu dan garpu , mereka pun begitu juga. Kalau kita pakai kemeja dan seluar, mereka pun begitu juga. Pendek kata, banyak perkara yang serupa yang kita dan mereka lakukan di dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, saya tegaskan bahawa larangan menyerupai dalam konteks hadis di atas adalah yang mirip kepada unsur keagamaan.
Pada hemat saya, kekeliruan juga timbul akibat daripada tidak dapat membezakan antara hukum dan sentimen. Hukum adalah sesuatu yang bersandarkan kepada dalil manakala sentimen adalah yang disandarkan kepada emosi dan perasaan. Tidak dapat dinafikan bahawa dunia Barat adalah kuasa yang banyak melakukan penindasan, kezaliman dan mencipta sejarah duka kepada umat Islam. Namun pakaian dan stail mereka memang sebegitu bertali leher, coat, reben dan sebagainya. Jesteru, hukum yang difatwakan kadangkala dipengaruhi oleh sentimen membenci tindak tanduk dan perlakuan Barat tersebut. Kesimpulannya, bertali leher dan reben di tenggok hukumnya harus kerana pakaian sebegitu tidaklah melambangkan unsur agama cuma ia sekadar menampakkan ala keBaratan. Untuk mensabitkan sesuatu itu hukum haram memerlukan kepada dalil yang secara terperinci dan spesifik. Firman Allah :
Maksudnya: “ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
(Al-A`raf : 32)
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
sumber :http://muis.ismaweb.net/2010/05/hukum-memakai-tali-leher
____________________________________________________________________
ramai wanita sekarang sudah tutup aurat tapi tidak dapat pahala menutup aurat, kerana tidak faham apa itu aurat di dalam Islam, mengikut fesyen yang melampau ataupun kurang berfikir..yang tidak tutup aurat tapi tahu hukumnya, terang2an hendak mengingkar arahan penciptaNya, walhal kita tahu yang Allah tidak rugi apa2 pun atas tindakan kita tu..sekarang banyak baju2 world cup ada lambang salib, macam brazil, portugal dll..anak2 muda, pakcik2 gila bola yang beragama Islam ada yang tidak sedar benda2 gini, ataupun sedar tapi masih nak pakai juga sebab lebih sayangkan pasukan bola daripada Islam itu sendiri.. kita kurang berfikir ,tidak dapat bezakan mana yang baik dan buruk, amat menyedihkan apabila mudah kita hanyut dan leka dengan dunia ni..diharap kita dapat tinggalkan satu tempat yang lebih selesa untuk generasi kita yang akan datang..
No comments:
Post a Comment