Wednesday, June 30, 2010

france @ afrika

menonton sukan bola sepak adalah hobi aku.. setiap 4 tahun FIFA akan menganjurkan piala dunia untuk rakyat seluruh dunia menyaksikan pasukan negara mana yang paling kuat di dunia.. piala dunia 2010 menyaksikan banyak kejutan, tersingkirnya gergasi eropah seperti FRANCE, ITALY dan ENGLAND sebelum suku akhir adalah suatu yang diluar dugaan.. ada yang mengaitkan prestasi hambar ini dengan kesalah pihak pengurusan, liga domestik yang panjang dan faktor geografi..dan tidak dinafikan peningkatan pasukan-pasukan kerdil seperti Ghana, Uruguay, Jepun dan Korea Selatan..

pasukan pilihan aku France pulang awal dengan kekalahan yang memalukan, dengan 3 perlawanan hanya mengutip satu mata dan satu gol, walaupun dipenuhi pemain bintang (evra, henry, ribery, sagna, gallas, gourchoff, anelka dll) namun senarai bintang itu belum menjamin pasukan itu cukup kuat..

kekalahan pasukan France ini adalah disebabkan beberapa faktor :
1. Domenech : pengurus ini sepatutnya letak jawatan selepas kegagalan france pada piala dunia 2006 apabila france tewas kepada Itali pada perlawanan final. di dalam piala dunia 2006 dilihat pengaruh zidane yang membantu kejayaan france ke perlawanan akhir.

2. Kurangnya semangat berpasukan di dalam pasukan france, dilihat permainan france kurang semangat apabila banyak hantaran tidak kemas dan kurang persefahaman menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan gol.

3. Penyingkiran anelka dan pergaduhan dengan pihak pengurusan. Masalah ini sepatutnya dikesan dan diselesaikan lebih awal. france dilihat seperti pasukan bermasalah apabila gagal mendapat tiket automatik dan terpaksa bertarung pada perlawanan play-off dengan Ireland. hanya gol kontroversi yang melayakkan France ke piala dunia 2010.

4. Tiada pengganti zidane : zidane adalah pemain luar biasa yang pernah dihasilkan oleh france, bukan sahaja mempunyai kemahiran luar biasa tetapi turut dihormati oleh lawan dan kawan, kehebatan zidane pernah diakui oleh pemain hebat yang lain seperti david beckham.

Pasukan france akan diuruskan oleh jurulatih muda Laurent Blanc selepas ini, dengan jurulatih baru yang lebih berkaliber dan pernah menjulang piala dunia diharap dapat menunjukkan perubahan pada piala eropah 2012.

Pasukan pilihan untuk muncul juara piala dunia 2010 : German

No comments:

Post a Comment