luis suarez adalah nama yang agak menyinar pada piala dunia apabila menjaringkan 3 gol untuk uruguay setakat separuh akhir ini, memberi kemenangan berharga semasa menentang korea selatan 2-1 dengan jaringan cantik untuk gol ke2.
namun apabila menentang ghana, suarez sanggup menggadaikan prinsip "fair play" FIFA selama ini untuk kemenangan pasukannya. Drama minit akhir pada aksi uruguay menentang ghana (pusingan suku akhir) menyaksikan ghana pulang dengan berputih mata. Tandukan bola oleh pemain ghana pada minit ke 120 yang diselamatkan oleh tangan suarez adalah tidak boleh diterima sama sekali. Perlawanan yang sepatutnya dimenangi oleh pasukan ghana menyebabkan kekalahan yang berganda pada pasukan ghana. Ghana dihadiahkan sepakan penalti, tetapi GYAN menghampakan peminatnya, kemudia keputusan ditentukan dengan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1, sekali lagi Ghana gagal dengan kekalahan di tangan "suarez" dengan keputusan penalti 4-2.
tindakan suarez tidak boleh diterima kerana, menghalang bola menggunakan tangan di hadapan pintu gol, hukuman yang setimpal kad merah telah dikenakan namun hukuman tambahan perlu dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada pemain2 lain. Tindakannya telah menghampakan seluruh afrika, ghana gagal mencatat sejarah, dan satu yang memalukan untuk bola sepak, tindakan sepatutnya adalah uruguay hilang kelayakan pada piala dunia kali ini, dan ghana diber kemenangan.
Rakyat uruguay menganggap suarez adalah hero negara, lebih hebat daripada "supermen". Tindakannya adalah tepat, dia seorang yang bijak, dengan dibuang padang, dia telah memberi tong oksigen yang baru apabila pasukannya berada nyawa2 ikan.Kegaglan Gyan pada sepakan penalti dan gagalnya pasukan ghana dalam penentuan sepakan penalti membuatkan pengorbanan suarez berbaloi..
**bola sepak kadang-kadang tidak adil, menunjukkan kelemahan diri kita sebagai manusia.. dalam bola sepak mengajar kita menjadi yang terbaik bukan baik sahaja..
No comments:
Post a Comment