sudah reda pada suatu ketika tiba-tiba pendidikan seks menjadi berita hangat kembali.. semuanya gara-gara kes buang bayi yang berleluasa seperti bermusim menyebabkan isu pendidikan seks ini dimainkan kembali oleh pihak tertentu..
statistik menunjukkan kadar pembuangan bayi adalah seramai 496 pada tahun 2004-2009. memang banyak jika dibandingkan dengan populasi kita yang seramai 25juta penduduk, ini belum dikira kadar penzinaan dan menggugurkan anak yang pasti lebih berkali ganda daripada pembuangan bayi yang tidak berdosa ini.
apa itu pendidikan seks? apa yang nak diajar sebenarnya oleh cikgu di sekolah tentang mata pelajaran ini? sukatan pendidikan tu mungkin hampir sama dengan mata pelajaran biologi tapi mungki cara olahannya lain sedikit, cerita pasal penyakit-penyakit akibat seks bebas dan akibatnya, cara-cara mencegah kehamilan dan sistem biologi manusia..
adakah ini cara terbaik untuk menghalang pembuangan bayi dan mengurangkan jangkitan AIDS di Malaysia? perlu ker diajar dalam subjek khas????
mufiti perak pula mensyorkan moral, agama Islam subjek wajib lulus SPM ; jalan terkahir untuk remaja dapat didikan akhlak.
satu idea yang baik untuk memartabatkan agama Islam. Namun agama Islam yang diajar oleh ustaz& ustazah di sekolah hanya berasaskan peperiksaan semata-mata, PAFA yang diperkenalkan sedikit membantu pelajar-pelajar kita, namun ianya belum mencukupi.. seperti solat 5 waktu, inipati ataupun rahsia solat tidak dikembangkan dengan baik, apa yang aku ketahui semasa zaman sekolah, kawan2 hanya takutkan ustaz tapi tidak takutkan Allah, takutkan Allah itu sebenarnya yang gagal diserap semasa di sekolah..mereka hanya berusaha untuk lulus PAFA tapi selepas itu tiada lagi praktikalnya..mereka tidak tahu yang Allah itu Maha Melihat dan seksaan Allah itu amatlah berat.
faktor filem & drama TV : asyik memaparkan babak penzinaan dan babak rogol. Seperti menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita hari ini. dan itu adalah cara hidup masyarakat kita
surat khabar : paparkan kisah-kisah lucah macam dah takde cerita lain nak dipaparkan.
rosaknya institusi kekeluargaan:banyak gejala-gejala yang tidak bermoral kerana sikap sambil lewa kita sendiri, pernah sekali aku terserempak di dalam perjalanan ke genting highland, 4 pasangan bercumbu-cumbuan di dalam bas pada siang hari, yang dasyatnya ada adik beradik kembar perempuan bersama pasangan masing2..tiada perlindungan dan tiada perasaan malu lagi antara adik beradik..
mengetepikan syariah Allah : asasnya zina termasuk dalam hukum hudud, mudah sahaja untuk menghindarinya gejala pembuangan bayi ini, tapi kita sengaja mencari susah dan mencari selain daripada syariah Allah akhirnya kita menuju ke kebinasaan.
Jelaslah pendidikan seks tidak diperlukan sebenarnya, tapi satu transformasi yang menyeluruh daripada pihak kerajaan (berkuasa mengubah dan membuat dasar) dan masyrakat. jika pendidikan seks diperkenalkan ianya akan membawa lebih banyak bencana. Masyarakat barat terlalu hebat tentang ilmu seks sebab tu mereka tidak berkahwin dan hanya hidup bebas bertukar-tukar pasangan, sehingga perempuan yang ada dara pada umur 18 tahun akan diketawakan. Adakah kita ingin menjadi seperti negara barat????
lagipun dengan teknologi maklumat yang sedia ada aku percaya ilmu seks (songsang) yang dipunyai oleh remaja kita sudah tinggi. Apa yang penting adalah kembali kepada ajaran Islam, undang-undang Islam, jaga aurat laki dan perempuan, dan masyarakt yang baik perlu diwujudkan. Ini kerana pada masa ini banyak dakyah-dakyah cetek menghalalkan yang haram dan menidakkan arahan Allah, seperti orang pakai tudung pun jahat juga, nanti taubatla, enjoy dulu, dll..
kita sudah banyak lari daripada cara hidup Islam, aku merindui zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat dimana Islam menjadi tempat rujukan (al-Quran dan as-Sunnah)..sekarang kita mengambil barat sebagai rujukan, sampai manakah ianya akan berakhir??
No comments:
Post a Comment